Sunday, November 25, 2018
MAKSUD DAN TEORI SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN
PENGAJIAN PENDIDIKAN PENGAJIAN PENDIDIKAN BERASASKAN:
1. Sosiologi Pendidikan (KPS)
2. Psikologi Pendidikan (KPP)
3. Falsafah Pendidikan (KPF)
4. Pedagogi (KPD)
5. Penilaian dalam Pendidikan (KPN)
6. Teknologi Pendidikan (KPT)
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
SOSIOLOGI: Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut
Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
Sistematik dan saintifik: penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains
-Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas
-Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial
-Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat.
-Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentu
3 teori utama:
Fungsionalisme
Konflik
Interaksionisme Simbolik
TEORI FUNGSIONALISME
-Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
-Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]
-Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat
TEORI KONFLIK
-Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
-Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
-Mengkritik kapitalisme
-Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya
TEORI INTERAKSIONALISME SIMBOLIK
-Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
-Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
-Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
-Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
-Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra
RUJUKAN
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/7079/1/Sosiologi%20Dalam%20Pendidikan%20EAS%20311325.pdf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment