Sunday, November 25, 2018

BAB 3:KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


        Organisasi merupakan sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.
        Kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin merangkumi kebolehan,pencapaian,kejayaan pemimpin dan sebagainya.

        Menurut Kamus Dewan Bahasa :
ORGANISASI
KEPIMPINAN
Keupayaan memimpin melalui teladan
Kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu

Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi, misi kedepan

Pimpinan dalam organisasi adalah jabatan/ posisi seseorang dalam  sesebuah organisasi

Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jabatan sebagai pemimpin

Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif organisasi.

Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd karim 1989).

Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma.

TEORI BERKAITAN
        Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju kepada suatu yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa.Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang.
        Kepimpinan melibatkan kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan manusia di dalam dan di luar organisasi untuk bekerja dan membantu kearah pencapaian matlamat organisasi (Lee Ong Kim)

3 model:
    1. Pendekatan klasik/ mekanistik:
        mempunyai ciri seperti menganggap manusia setaraf dengan mesin dan peralatan lain dalam organisasi
  2. Pendekatan neo-klasik (hubungan manusia) :
        Model ini memberi penekanan kepada peranan pengurus pemimpin organisasi dengan andaian bahawa manusia bukan hanya semata-mata mahkluk ekonomi, tetapi juga mahkluk sosial yang mempunyai peranan, nilai, sentimen dan rasa setia kawan.
3. Pendekatan sistem :
        Model ini memberi tumpuan pada organisasi secara keseluruhan, secara sepadu sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai dua jenis persekitaran iaitu dalaman dan juga luaran. Kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain


RUMUSAN
        Pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.
        Kejayaan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh suasana organisasi berkenaan, yang dikenali sebagai iklim organisasi.
        Iklim organisasi yang baik dan positif membentuk gelagat pekerja yang positif dan seterusnya mempengaruhi keberkesanan sesebuah organisasi.
        Sekolah adalah merupakan sebuah organisasi dalam sistem pendidikan. Keberkesanan fungsi sekolah banyak bergantung kepada kualiti guru.

No comments:

Post a Comment