Sunday, November 25, 2018

BAB 3:KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


        Organisasi merupakan sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.
        Kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin merangkumi kebolehan,pencapaian,kejayaan pemimpin dan sebagainya.

        Menurut Kamus Dewan Bahasa :
ORGANISASI
KEPIMPINAN
Keupayaan memimpin melalui teladan
Kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu

Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi, misi kedepan

Pimpinan dalam organisasi adalah jabatan/ posisi seseorang dalam  sesebuah organisasi

Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jabatan sebagai pemimpin

Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif organisasi.

Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd karim 1989).

Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma.

TEORI BERKAITAN
        Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju kepada suatu yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa.Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang.
        Kepimpinan melibatkan kebolehan mempengaruhi dan meyakinkan manusia di dalam dan di luar organisasi untuk bekerja dan membantu kearah pencapaian matlamat organisasi (Lee Ong Kim)

3 model:
    1. Pendekatan klasik/ mekanistik:
        mempunyai ciri seperti menganggap manusia setaraf dengan mesin dan peralatan lain dalam organisasi
  2. Pendekatan neo-klasik (hubungan manusia) :
        Model ini memberi penekanan kepada peranan pengurus pemimpin organisasi dengan andaian bahawa manusia bukan hanya semata-mata mahkluk ekonomi, tetapi juga mahkluk sosial yang mempunyai peranan, nilai, sentimen dan rasa setia kawan.
3. Pendekatan sistem :
        Model ini memberi tumpuan pada organisasi secara keseluruhan, secara sepadu sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai dua jenis persekitaran iaitu dalaman dan juga luaran. Kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain


RUMUSAN
        Pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.
        Kejayaan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh suasana organisasi berkenaan, yang dikenali sebagai iklim organisasi.
        Iklim organisasi yang baik dan positif membentuk gelagat pekerja yang positif dan seterusnya mempengaruhi keberkesanan sesebuah organisasi.
        Sekolah adalah merupakan sebuah organisasi dalam sistem pendidikan. Keberkesanan fungsi sekolah banyak bergantung kepada kualiti guru.

Bab 2: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

          DEFINISI PENGURUSAN

      Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.
       Mary Parker Follett (1995) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.
       Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah
       melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik
       dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.



DEFINISI PEMBELAJARAN

Pembelajaran adalah suatu proses yang unik dan subjektif yang menghasilkan fahaman, penghayatan dan kemampuan bertindak secara bebas
       Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.

       Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. 


PENGURUSAN PEMBELAJARAN 

       Proses di mana perancangan, pengawalan dan kepimpinan dalam suatu keadaan atau situasi dapat menimbulkan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang melalui pencapaian.
       Persediaan yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar sebelum suatu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas

PERANAN GURU

       Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.
       Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
       Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
       Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.
       Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.
       Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.
       Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.

KONSEP DALAM PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

MENGAWAL
-mengawal peraturan bilik darjah
-mengawal aktiviti berkumpulan
-mengawal murid yang bermasalah

MERANCANG
-merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pembelajaran dan pengetahuan sedia ada murid
-merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif
-merancang alat bantu mengajar yang lebih berkesan
-merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar jelas dengan pelajaran yang mereka belajar

PENGALAMAN 
                                                                                     
  1. Kaitankan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar.
    • Ulang pelajaran yang lepas , sesi soal jawap.
    • Penting dalam membantu pelajar memahami sesi pembelajaran yang dijalankan.
  2. merancang pemikiran pelajar dengan soalan.
    • Fikir bersama, ramalan, cabar minda pelajar.
Gagne (1974) menyatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan pemikiran, perubahan kebolehan, perubahan tingkah laku dan pembelajaran perlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan yang lebih bermakna

MENGARAH

       Mengarah pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pengajaran.
       Mengarah pelajar untuk menjawap soalan yang diutarakan.
       Mengarah pelajar menguruskan tugasan harian bilik darjah.
       Mengarah pelajar untuk mematuhi displin yang telah ditetapkan.



 

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

-Bilik darjah

-Diri sendiri

-Ibu bapa

                                       

Faktor Yang Memberikan Kesan  Kepada Persekitaran Psikososial Yang Sihat




FAKTOR FIZIKAL& PSIKOSOSIAL

v Pendekatan Pengajaran,
v Gaya Kepimpinan Guru,
v Bentuk Komunikasi
v Corak Interaksi 

















 FAKTOR FIZIKAL 

-Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran
-susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain-lain
-saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaaan ke[da murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktviti kumpulan atau permaianan



FAKTOR PSIKOSOSIAL

       merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya.

  • ciri-ciri seperti berikut:
ü    Suasana selesa dan mesra.
ü    Bebas daripada ancaman dan  bahaya fizikal
ü   Perasaan diterima
ü  Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
ü   Suasana yang merangsang pembelajaran

DIRI PELAJAR SENDIRI
       Efikasi kendiri pelajar
=Tahap kepercayaan pelajar terhadap diri mereka (Papalia, Olds& Feldman, 2007) 
       Tingkah laku negatif pelajar
= kes salah laku- masalah memproses maklumat- bacaan asas, penulisan dan pengiraan
       Penghasilan hormon melatonin
=Hormon- mengantuk- penghasilan lewat- pelajar tidur lewat- kekurangan tidur- menumpukan perhatian terhadap pelajaran

KELUARGA

Penglibatan ibu bapa di rumah
       Ibu bapa terlibat secara aktif- pembelajaran anak di rumah
       Memberikan inspirasi, berbual tentang pendidikan, memantau kerja sekolah anak
       Status sosioekonomi keluarga
Rendah- gagal menamatkan pengajian Tekanan- segi kewangan
keluarga pelajar- mendorong ponteng berhenti sekolah

APAKAH KAEDAH PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR?
       Persekitaran pembelajaran yang menarik minat dan pencapaian pelajar
                                                                                                +
       Penglibatan pelajar dalam aktiviti luar dan kemasyarakatan

Apakah tindakan yang di ambil oleh sekolah untuk mengatasi masalah dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar?





-Program kelas tambahan
-Program pemantapan sahsiah
-Program guru muda
-mengadakan proram mentor mentee
-mengadakan program peningkatan prestasi

Persepsi guru terhadap pengurusan dan pembelajaran secara kooperatif dalam bilik darjah


v  Johnson et. al (1998), pembelajaran koperatif merupakan nadi kepada pembelajaran berasaskan masalah.
ü  Koperatif : pembelajaran koloboratif (pembelajaran semula jadi)
ü   tidak seperti pembelajaran latihan yang mempunyai struktur dan sasaran pembelajaran yang jelas dan kuat.
ü  tetapi ia menjurus kepada situasi pembelajaran bersama yang memberi kesan secara langsung atau tidak kepada individu dan ahli kumpulan.    
v  Pembelajaran koperatif juga merupakan pembelajaran yang melibatkan sekumpulan pelajar yang mempunyai satu matlamat yang sama yang melibatkan penyelesaian masalah ( Artz & Newman 1990)
v  Kefahaman pertama tentang pembelajaran koperatif adalah ia merupakan kaedah pembelajaran berkumpulan yang efektif dan seharusnya memberi kesan dan pengalaman terhadap setiap ahli yang melaluinya berbanding pembelajaran berkumpulan biasa (Jacobs, 2004).
v  Berdasarkan Ng kim Choy (1999), proses pembelajaran koperatif yang efektif mempunyai beberapa prinsip asas iaitu kebergantungan secara positif dimana setiap ahli saling memerlukan untuk mencapai matlamat bersama, akauntabiliti individu iaitu bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri, interaksi dalam kumpulan serta penggunaan kemahiran sosial seperti kepimpinan, membuat keputusan atau membina kepercayaan.
v  Guru-guru bersetuju bahawa pembelajaran koperatif merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang dapat menghidupkan suasana yang menarik di dalam kelas selain dapat membina sikap pelajar yang lebih positif dalam proses pembelajaran.
v  Pembelajaran koperatif juga dapat membentuk pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar berbanding kaedah sedia ada yang lebih berpusatkan guru


Rumusan

Pengurusan dan pembelajaran amat penting dalam sebuah proses pembelajaran, agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan dengan lebih berkesan.

RUJUKAN
https://www.academia.edu/21000524/Sistem_Pengurusan_Pembelajaran_dan_Sistem_Pengurusan_Kandungan_Satu_Analisis_Perbandingan