Sunday, December 2, 2018

SINOPSIS NOTA KULIAH 1



SOSIOLOGI PENDIDIKAN


Sosiologi pendidikan adalah satu bidang sains kemasyarakatan. sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Selain itu, sosiologi merupakan kajian santifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosisologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia, faktor- faktor yag menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat.Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya.Sosiologi pendidikan telah lebih dipengaruhi oleh para sosiologiseperti Auguste Comte, Emile Durheim, Herbert Spencer, Edward Ross, Charles Cooley, Albion small dan Lester Ward jika dibandingkan dengan pengaruh para pendidik sepertiHorace Mann , John Dewey dan Franklin Bobbit. pendekatan sosiologi pendidikan terbahagi kepada makro iaitu teori fungsionalisme dan konflik dan mikro ialah interaksionalisme.

No comments:

Post a Comment