Tuesday, December 4, 2018

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA (TAJUK KAJAN KAMI)

Pengenalan


   -Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi yang ke-4, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengawalan pengelolaan dan penyelenggaraan. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan


DEFINISI Teori Budaya Sekolah

     -Budaya sekolah merupakan kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sesebuah sekolah yang berhubung kait dengan norma, matlamat, hubungan sesama manusia, pengajaran,  pembelajaran,  kepemimpinan dan struktur organisasi.

     -Budaya sekolah  yang seimbang dan positif dapat membantu perkembangan  pembelajaran generasi  muda  khususnya  para  pelajar.

      -Budaya  sekolah  yang  sihat  dapat  membantu  melahirkan generasi  pelajar,  keluarga  dan  pendidik  yang bekerjasama  dalam menjayakan  setiap  visi,  misi  dan aspirasi sekolah (Cohen, 2007). 

Model Budaya Sekolah

    1). Model OHI (Organization Health Inventory)
    *Menurut Hoy dan Miskel (1996), telah mendefinisikan bahawa budaya sekolah yang          sihat adalah sekolah yang hidup dalam persekitarannya tetapi boleh mengadaptasi            dalam jangka masa yang panjang dan berkembang.
    *Ini bermakna sekolah yang sihat berjaya mengurus tekanan dari luar dan berkesan           menggunakan tenaga yang ada untuk memahami objektif dan organisasi.
      2). Model Iklim Organisasi
      *Model ini mengandungi 5 kumpulan asas iaitu terdiri daripada konteks organisasi, struktur organisasi, iklim organisasi, individu dan persekitaran individu. Organisasi ini terletak dalam konteks persekitaran kebudayaan dan ekonomi serta merangkumi aspek-aspek ekonomi, politik, sosial dan ciri-ciri penempatan 
      Iklim organisasi atau dengan kata lain budaya organisasi itu akan mempengaruhi individu dari segi tingkah laku dan ciri-ciri perbandingan seperti personaliti, keinginan, kebolehan, kepuasan, matlamat dan pencapaian.-Payne dan Pugh (1976).
3). Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness Model)
Dalam model ini, beberapa perkara penting iaitu kuantiti produk, kualiti produk, ketepatan, kebolehsuaian dan fleksibel.
kelima kriteria ini adalah penting untuk mendefinisikan tentang kebolehan sesuatu organisasi untuk menggerakkan kuasa pusat untuk mencapai matlamat dan membuat pengubahsuaian.
Sekolah yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dan melahirkan perlakuan pelajar yang positif iaitu para pelajar yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan boleh berhadapan dengan masalah yang timbul. -Mott (1972)

ARTIKEL MENGENAI BUDAYA SEKOLAH


Budaya Hangat di Surat Khabar Online



(Persekitaran Pembalajaran 

Maya Frog )




TVET (Pendidikan  Teknikal  dan  

Latihan  Vokasional)







Faktor Kewujudan Budaya Sekolah

Peraturan dan undang - undang

Waktu persekolahan

Pengasingan pelajar

Upacara dan keramaian

Matlamat sekolah



JENIS BUDAYA DI SEKOLAH



Budaya Instrumental
-Penekanan diberi kepada kemahiran dan sikap 
   pelajar untuk berjaya dengan cemerlang.
-Sekolah memberi nilai yang tinggi
  kepada pencapaian yang tinggi dan kaedah – 
  kaedah yang baik untuk mencapai matlamat ini




Budaya Ekspresif

-Penekanan diberi kepada aspekaspek seni, kreatif 
 dan aspekaspek yang menarik minat pelajar.

-Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan 
 seni para pelajar .

-Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan
 ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang
 kawalan daripada kakitangan sekolah.



Budaya Moral

-Dapat dilihat melalui amalan di sekolah yang dilakukan
 untuk membentuk tingkah laku yang baik di kalangan 
 pelajar dan guru




Budaya Dominan di Sekolah

-budaya formal


vSistem pendidikan yang ditentukan oleh
   kerajaan mengikut dasar sesebuah negara.

vPendidikan secara langsung yang diterima
   daripada institusiinstitusi tertentu seperti
   sekolah, universiti atau  maktab.

vTujuan pendidikan formal

Ø mengembangkan aspekaspek tertentu seperti Kognitif (mental dan pemikiran), Afektif (nilai dan sikap) serta aspek Psikomotor (kemahiran fizikal dan jasmani).

v Contoh : Aktiviti kokurikulum,kelab persatuan dan unit beruniform


-budaya tidak formal

üPembelajaran yang terlaksana secara tidak
   langsung atau secara tidak sedar.

üIlmu pengetahuan biasanya akan diperoleh
   melalui pengalaman di sekitarnya.

üPembelajaran informal tidak menetapkan isi
   pelajaran atau bahan pelajaran yang perlu
   dikuasai.

üTidak ada penilaian digunakan untuk menentukan
   pencapaiannya


Rumusan

Budaya sekolah yang positif
dikenal pasti sebagai salah satu
faktor penting dalam menjayakan
wawasan dan matlamat sekolah.

Kepimpinan sekolah memainkan
peranan penting dalam
menjayakan budaya di sekolah.

Budaya yang diterapkan di
sekolah dapat melahirkan insan
yang cemerlang rohani dan
jasmani.

Budaya tolong-menolong amat
dititikberatkan dalam
menjayakan sesuatu program.


No comments:

Post a Comment